Sunday, October 7, 2012

CAKAPDOTCOM SESI PERINTIS


CakapDotCom melakarkan sejarah sulungnya dengan penganjuran Program "Sesi Perintis" semalam, 7 Oktober 2012, di Casa Indah 2 @ Kota Damansara. Program yang padat dengan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada fasilitatator-fasilitator ELIT dan sentiasa bersulam dengan hilai tawa. Inilah jadinya bila 4 selebriti negara yang sudah cukup terkenal dalam bidang perucapan, bergabung dalam satu pentas.. Mazidul Akmal, Hj Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Kamal Affandi - Cukup menarik!!

Ini antara aksi yang sempat dirakamkan :

Mazidul Akmal membuka tirai program sebagai Moderator ELIT





Hj Omar Abdullah memulakan bicara dengan tajuk "Formula Penyampaian Berkesan".







 Zakiah Anas pula memukau para peserta dengan tajuk "Keterampilan dan Keselesaan"





Kamal Affandi kemudiannya tampil memeriahkan lagi suasana sambil berkongsi pengetahuan dengan tajuk "Mendepani Gemuruh, Menggapai Keyakinan"





Akhirnya, mereka bergabung sebagai penutup program - HEBAT!!



Sewaktu rehat, fasilitator-fasilitator ELIT ini juga tidak lokek untuk terus berkongsi ilmu dan beramah mesra dengan para peserta.






Tahniah kami ucapkan kepada Alumni Program CakapDotCom Sesi Perintis. Semoga ilmu yang dikongsikan dapat meningkatkan lagi keyakinan dan gaya perucapan anda. Nantikan program-program intensif kami yang akan datang.

Bagi yang tidak berkesempatan menyertai program ini semalam, jangan ketinggalan untuk menyertai Program CakapDotCom Sesi 2, yang bakal diadakan pada 21 Oktober 2012.

** Untuk maklumat lanjut, boleh hubungi saya, Azmil di talian 013-6366673 atau hantarkan emel ke 'cakapdotcom@gmail.com'

No comments:

Post a Comment