Wednesday, October 10, 2012

PROFIL TULANG BELAKANG CAKAPDOTCOM


Nama Syarikat           : CakapDotCom
No Syarikat                 : 002158259-K
Bidang                         : Latihan Komunikasi
Pemilikan                    : 100% Bumiputra
No Akaun                    : 512978005285 (Maybank)
Telefon                        : 013-6366673
Alamat Emel               : cakapdotcom@gmail.com
Alamat Blog                : www.cakapdotkom.blogspot.com


PROFIL PENGARAH URUSAN


Haji Azmil Abdul Aziz
Pengarah Urusan CakapDotCom

Haji Azmil Abdul Aziz berasal dari Perak dan kini menetap di Selangor. Berkelulusan Sarjana Pengurusan Perniagaan dari Cambridge Management Institute, CMI dan Sarjana Muda Teknologi Maklumat dari Universiti Kebangsaan Malaysia, UKM. Beliau juga Pengurus Jabatan di sebuah syarikat multi-nasional swasta berpengkalan di Amerika Syarikat.

Haji Azmil mula menceburi bidang perucapan umum sejak di bangku sekolah menengah dan pernah dinobatkan sebagai Juara Pidato Kebangsaan dua tahun berturut-turut. Selepas menamatkan pengajian di sekolah menengah, beliau bergiat aktif dalam industri perucapan termasuk menganjurkan pelbagai pertandingan debat dan ceramah motivasi di peringkat universiti.

Berikutan kemahiran komunikasi dimiliki, beliau seringkali diundang untuk menyampaikan ceramah kerjaya di beberapa universiti tempatan serta menjadi penceramah jemputan Program Khidmat Negara. Haji Azmil turut memenuhi undangan sebagai juri pertandingan debat dan menjadi penceramah jemputan untuk program kepimpinan. Beliau kini diberikan kepercayaan untuk menguruskan syarikat CakapDotCom.  


PROFIL FASILITOR ELIT


Mazidul Akmal Sidik
Pengasas dan Fasilitator Elit CakapDotCom

Mazidul Akmal Sidik, 45 tahun, anak kelahiran Tanjong Malim, Perak dan lulusan Universiti Teknologi Mara, UiTM dalam bidang Sains Komputer. Mula berjinak-jinak dengan bidang pengucapan awam sejak berusia 17 tahun dan kemudian bergiat secara aktif di arena berdebatan sewaktu menuntut di institusi pegajian tinggi. Mazidul kini bertugas sebagai penerbit eksekutif dan wartawan penyiaran di Media Prima Berhad.

Sebelum ini, beliau berpengalaman mengacarakan pelbagai rancangan televisyen dipancarkan secara langsung di TV3. Antara program pernah dikendalikan oleh Mazidul, Malaysia Hari ini, Bincang Petang, Hujah, 360 dan 999. Selain daripada itu, Mazidul juga kerap diundang sebagai pengacara serta penceramah di majlis anjuran syarikat korporat dan individu.

Prinsip kerjaya ayah kepada dua anak ini, 'If you want to be dominant, you had to be different',  jika ingin menjadi dominan, kita harus berfikiran dan bertindak secara unik.

Berlandaskan kepada prinsip itu Mazidul kemudian mengasaskan CakapDotCom untuk berkongsi pengalaman hitam putih di pentas pengucapan awam bersama mereka berminat.



Zakiah Anas
Fasilitator ELIT CakapDotCom

Zakiah Anas memulakan kerjaya beliau sebagai wartawan penyiaran di TV3 pada 1991. Tiga tahun kemudian beliau diberikan kepercayaan menjadi penyampai berita, pengacara program siaran langsung dan dokumentari di stesen TV swasta terunggul itu.

Pengalaman selama 21 tahun di bidang penyiaran, menobatkan Zakiah antara wartawan dan pengacara televisyen disegani. Antara rancangan televisyen pernah dikendalikannya, program bual bicara, Bincang Petang,  Malaysia Hari Ini, Majalah 3, 999 dan Bersamamu.

Selain daripada itu Zakiah juga aktif sebagai juruacara majlis, mengendalikan acara  rasmi kerajaan dan swasta di seluruh negara. Antara pengalaman sukar dilupakan, menjadi pengacara majlis 'Wedding of the Year' Datuk Siti Nurhaliza dan Datuk Khalid Mohamad Jiwa.

Kini Zakiah turut terbabit dalam program CakapDotCom sebagai Fasilitator ELIT untuk berkongsi pengalaman dan ilmu perucapannya awam bersama peserta.



 Hj Omar Abdullah
Fasilitator ELIT CakapDotCom

Haji Omar Abdullah, anak kelahiran Kedah dan kini menetap di Selangor. Beliau memiliki Ijazah Sarjana Muda Komunikasi Massa (Kewartawanan) dari Universiti Teknologi Mara, UiTM. Beliau turut bergiat dalam bidang perfileman, pementasan drama dan penyiaran radio serta televisyen. Haji Omar pernah dinobatkan sebagai Pengarah dan Pelakon Berpotensi menerusi drama pentas, Raja Pengemis di Pertandingan Drama Peringkat Kebangsaan anjuran Kementerian Kebudayaan Belia Dan Sukan. Drama terbabit menjadi Johan pada tahun 1976.

Haji Omar memulakan kerjaya beliau sebagai pelakon dan guru Rancangan Bahasa Malaysia Radio Pendidikan pada tahun 1972. Beliau kemudian meneruskan kerjaya di pentas penyiaran, menjadi juruhebah di Rangkaian Nasional Radio Malaysia, RTM dan pembantu filem di Filem Negara Malaysia. Pada tahun 1995, beliau menyertai Sistem Televisyen Malaysia Berhad, TV3 dan berkhidmat sebagai wartawan penyiaran, pengacara dan penerbit.

Kini Hj Omar berkongsi pengalaman dan ilmu beliau sebagai fasilitator ELIT CakapDotCom.

Kami juga dibantu oleh ramai lagi fasilitator ELIT lain untuk menzahirkan misi berkongsi pengalaman menggilap kemahiran pengucapan awam mereka berminat.

No comments:

Post a Comment