Tuesday, October 9, 2012

TANYAKAN PADA CAKAPDOTCOM: APAKAH CABARAN SEBAGAI PENGUCAP AWAM?

Soalan: 

Di CakapDotCom, kami sering ditanya, apakah antara cabaran biasa dihadapi oleh pengucap umum?

Jawapannya: 

Seorang saintis biasanya dijemput berucap dalam bidang sains dan teknologi.
Seorang ahli ekonomi biasanya dijemput berucap dalam bidang kewangan dan perniagaan.
Seorang ahli politik biasanya dijemput berucap tentang isu-isu masyarakat dan negara.
Seorang selebriti hiburan biasanya dijemput berucap tentang perkembangan dunia hiburan.

Jadi, jika anda pernah dijemput untuk menyampaikan ucapan sesuatu tajuk, maka berbanggalah kerana undangan itu sendiri merupakan satu pengiktirafan kepada kemahiran anda dalam bidang tersebut. Logiknya, dengan pengetahuan dan kemahiran dimiliki, seharusnya tidak ada masaalah bagi anda menyampaikan ucapan...... betul??

Hmm.. tidak semestinya.


Tidak dinafikan, kefahaman dalam bidang yang hendak disampaikan adalah sangat mustahak, pelbagai fakta perlu diperiksa, perkembangan mutakhir perlu diperolehi kerana ianya mungkin telah mengubah fakta lama dan kepelbagaian pandangan juga harus diambil kira. 

Tetapi untuk menterjemahkan ilmu di fikiran itu ke dalam bentuk lisan dan menyampaikannya kepada orang lain, anda perlu memahami KAEDAH PENYAMPAIAN BERKESAN untuk memastikan objektif ucapan itu tercapai. Ini antara lain melibatkan kejelasan suara, intonasi, hubungan mata dengan pendengar, pergerakan badan dan tangan, memek muka, penggunaan ruang dan kaedah 'berhenti seketika'.


Dalam masa yang sama, PENAMPILAN DAN KESELESAAN juga memainkan peranan penting dalam penyampaian ucapan itu. Malah, bagi kebanyakkan pengucap umum, 'penampilan' sebenarnya adalah lebih lantang dari suara kerana ia mencerminkan keperibadian seseorang itu; yang kemudiannya akan menyokong atau menidakkan kata-kata yang anda ucapkan. Penampilan lah yang akan 'berucap' terlebih dahulu sebelum sempat anda membunyikan perkataan pertama anda. Meminjam kata-kata inggeris "There is no second changes in creating first impression!" maksudnya - tidak ada peluang kedua untuk melakukan impresi pertama. Menjaga persiapan diri, cara berpakaian, cara pemakanan dan menepati waktu adalah antara aspek yang menjurus kepada penampilan dan keperibadan seseorang.



Dan akhirnya, anda juga perlu tahu teknik-teknik MENDEPANI GEMURUH DAN MENGGAPAI KEYAKINAN. Ini termasuklah membuat persediaan awal, meningkatkan keikhlasan ketika berucap, mengetahui teknik-teknik membetulkan kesilapan (recovery) dan membina kebolehan menggunakan usikan dan gimik dalam ucapan. Bagi kebanyakkan pengucap umum, gemuruh adalah musuh yang paling utama. Gemuruh akan menyebabkan ayat-ayat anda jadi tidak tersusun, fikiran anda jadi kusut, perut anda sakit, tangan anda menggeletar dan penglihatan anda kabur.

Itulah antara cabaran-cabaran yang sering dihadapi orang seseorang pengucap umum.

Tajuk-tajuk ini bakal dikongsikan oleh fasilitator ELIT dalam Program CakapDotCom Sesi ke-2
Jangan lepaskan peluang ini - Daftar sekarang!


No comments:

Post a Comment