Saturday, November 10, 2012

CAKAPDOTCOM BERSAMA CIDB

Sebelum ini CakapDotCom menganjurkan dua sesi menggilap kemahiran berkomunikasi di khalayak ramai. 

Pada 10 November, fasilitator ELIT CakapDotCom berada di Kuantan, Pahang, berkongsi pengalaman pengucapan awam mereka bersama kakitangan Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia, CIDB.

Terima kasih kepada pengarah CIDB Kuantan, Suhaimi Mansor dibantu oleh pengurus, Siti Nor Sarah Mohd Rasid kerana sudi mengundang CakapDotCom.


Selain daripada mendengar penerangan disampaikan oleh Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Mazidul Akmal Sidik, 5 kakitangan syarikat terbabit menjalani ujian getaran.


Pembaca boleh mencuba sendiri kaedah menguji kadar gemuruh ini. Pegang sehelai kertas bersaiz A4 sambil berdiri di hadapan audien. Perhatikan samada kertas itu bergoyang sedikit atau bergerak bak bumi dipijak dilanda gempa.

Berikut antara gambar saya rakamkan sebelum sesi bermula.


Kira-kira jam 9 pagi, tirai majlis ilmu dibuka oleh pengacara, Mohd Ridzuan Hashim.


Ridzuan kemudian mempersilakan Mohamad Roslan Mokhtar untuk membacakan doa.


... diikuti ucapan ringkas oleh Suhaimi.


"Saya tertarik apabila membaca blog Mazidul dan mendapati fasilitator CakapDotCom berkongsi pengalaman mereka dalam bidang komunikasi di tepi kolam renang, Konsep itu unik dan santai, peserta tidak perlu memakai baju kemeja bertali leher," kata Suhaimi.

Seperti dijadualkan, Omar Abdullah memulakan sesi dengan tajuk 'komunikasi berkesan'. 


Omar, tidak pernah lokek dengan ilmu tersemat di dada dan beliau insan seni gemar berkongsi pengetahuan dalam keadaan bersahaja.

Tidak hairan jika peserta tidak kering gusi mendengar fakta dipersembahkan oleh anak kelahiran Kedah itu.


"Bagi sebilangan manusia, kebolehan bercakap, mungkin lahir secara semulajadi tetapi kemahiran berkomunikasi boleh dipelajari dan digilap," ujar Omar.

Untuk rekod, bilangan peserta sesi bersama fasilitator ELIT CakapDotCom dihadkan kepada kumpulan kecil, kurang daripada 25 orang pada satu masa. 

Dalam senario sebegitu, peserta diperuntukkan LEBIH  ruang untuk mereka berinteraksi bersama fasilitator bertugas. 

"Buat sekian lama kami bertiga menimba ilmu dalam bidang komunikasi di persada penyiaran tanahair dan sudah tiba masanya pengalaman diraih dikongsikan bersama orang ramai termasuk kakitangan syarikat swasta dan kerajaan," ujar saya kepada Suhaimi.


Perhatikan aksi hebat ditampilkan oleh Suhaimi ketika merakamkan reaksi anak buah beliau berinteraksi bersama Omar.


Kami kemudian disajikan dengan sarapan pagi.


Zakiah Anas kemudian menghuraikan tajuk 'penampilan dan keselesaan' bagi pengucap awam.


Sahabat kami, juga fasilitator ELIT CakapDotCom, Zakiah, berdarah manis dan tidak lekang dengan senyuman. Zakiah, InsyaAllah bakal melangsungkan perkahwinan bersama pasangannya pada 12 Disember 2012.

"Hendak satu pose istimewa," pinta saya sewaktu kami makan tengahari bersama.

Permintaan itu ditunaikan oleh sahabat, saya kenali sejak lebih 17 tahun lalu itu.


Biarlah kakitangan CakapDotCom antara paling awal mengucapkan tahniah buat mereka berdua.


Pada sesi petang, Mazidul mengupas tajuk 'menangani gemuruh menggapai keyakinan' diikuti oleh Ketua Pegawai Eksekutif CakapDotCom, Azmil Abdul Aziz, berkongsi petua dan panduan berhubung 'khidmat pelanggan'.


Sijill ditandatangani secara langsung di lokasi kemudian disampaikan kepada semua peserta.


Terima kasih kepada semua kakitangan CIDB Kuantan, Pahang kerana sudi bersama kami di sepanjang 4 sesi.


Hubungi Azmil di talian 013 6366673 jika berminat mengikuti sesi mengasah kemahiran pengucapan awam bersama fasilitator ELIT kami.

Tolong like Page ini, boleh?

Terima kasih.

No comments:

Post a Comment