Sunday, October 21, 2012

PENDAFTARAN SESI 'PENGACARAAN' DIBUKA SEKARANG!!

PERHATIAN!

ATAS SEBAB-SEBAB TIDAK DAPAT DIELAKAN, PROGRAM INI TERPAKSA KAMI TUNDA KE TARIKH LAIN. NANTIKAN PEMGUMUMAN.

KEPADA SUDAH MEMBUAT BAYARAN YURAN, JANGAN BIMBANG! 
YURAN PENYERTAAN AKAN KAMI PULANGKAN SEPENUHNYA DALAM KADAR SEGERA.

KAMI MEMOHON MAAF ATAS SEBARANG KESULITAN.




BERCITA-CITA MENJADI PENGACARA?

Hadiri Sesi Istimewa
"PERSEDIAAN MENGHADAPI UJIBAKAT"

Tips persediaan menghadapi ujibakat dan teknik mengendalikan program serta majlis bakal dikongsikan oleh Fasilitator Elit. 

Jangan lepaskan peluang ini.

TARIKH : 18 NOVEMBER 2012 (DITUNDA)
MASA : 9 pagi - 12:30 tengahari
LOKASI : Kota Damansara

Sebarang soalan boleh diajukan kepada saya, Azmil di 013-6266673 atau hantarkan emel ke 'CakapDotCom@gmail.com'.

CAKAPDOTCOM SESI KE-2

Alhamdulillah.. Selesai sudah program CakapDotCom Sesi ke-2.

Program seterusnya - Ingin jadi pengacara cemerlang?
Hadiri "Persediaan Menghadapi Ujibakat". Sila baca di sini.

BERIKUT AKSI-AKSI MENARIK SEMASA CAKAPDOTCOM SESI KE-2

Hehe.. Peserta Sesi 1 (Perintis), pasti cukup kenal dengan aksi ini....... :)


Ahmad Daniel, peserta pertama sampai lebih awal mendahului ketibaan kakitangan urusetia! Hebat!! Tahniah bro Daniel, kesungguhan anda amat kami sanjungi dan maaf kerana terpaksa menunggu buat seketika! : )


Moderator ELIT, Mazidul Akmal Sidik membuka program. Tirai program dibuka dengan penuh gaya. Lontaran suaranya sudah cukup untuk menyegarkan semua orang di pagi ahad itu. 


  

Kemudian Fasilitator ELIT Hj Omar Abdullah berkongsikan tajuk "Kaedah Penyampaian Berkesan"
 

Program ini nyata menarik perhatian orang ramai. Antaranya adalah penghuni Cita Damansara ini, Tan secara  kebetulan lalu di kawasan program diadakan  lantas menyapa kami dan bertanya beberapa soalan. Rancak sungguh perbincangan Mazidul Akmal dengannya.


Letih berdiri, mereka duduk dan meneruskan perbualan. 


Sambil Mazidul Akmal rancak berbincang dan berbual di luar, rupanya di dalam program tidaak kurang rancaknya apabila Hj Omar Abdullah membuka ruang kepada peserta menyampaikan ucapan spontan bertajuk bebas. 

Nyata para peserta program bukanlah orang yang terlalu asing dengan perucapan umum. 

Hebat belaka.


Kemudian giliran fasilitator ELIT Zakiah Anas pula berkongsi ilmu dan pengalaman tentang Penampilan dan Keselesaan'.


Kemudian, Fasilitator ELIT Kamal Affandi Hashim membuat penampilan khas ke program ini. Bagi anda mungkin tidak tahu, beliau baru sahaja menjalani pembedahan di kepala untuk penyakit AVM dihidapinya. Sila baca di sini.

Kami sungguh terharu dengan kemunculannya ke CakapDotCom hari ini dan berdoa agar beliau sentiasa dianugerahkan kesihatan dan kekuatan untuk terus berbakti kerana ilmu dan pengalaman dimilikinya sangat berharga.

 
Beliau berkongsi tajuk 'Mendepani Gemuruh Menggapai Keyakinan'..


Dan kemudiannya, kesemua fasilitator ELIT bergabung, Mazidul Akmal, Hj Omar Abdullah, Zakiah Anas dan Kamal Affandi. 

Banyak soalan dikemukakan oleh perserta kepada mereka.


Sewaktu rehat, semua fasilitator ELIT sentiasa beramah mesra dengan peserta dan tidak kedekut untuk terus mencurahkan ilmu dan pengalaman mereka.


Akhirnya, sijil penyertaan ditandatangani oleh fasilitator ELIT secara langsung di hadapan para peserta dan diberikan 'panas-panas' kepada mereka.


TAHNIAH kepada para peserta sesi ke-2, dengan ini anda menjadi sebahagian daripada alumni program CakapDotCom. Semoga ilmu dan pengalaman dikongsikan dalam program ini dapat memberikan anda lebih keyakinan dalam perucapan anda.

Nantikan program kami seterusnya :


"INGIN JADI PENGACARA? PERSEDIAAN MENGHADAPI UJIBAKAT"

PENDAFTARAN TELAH DIBUKA. SILA BACA DI SINI.